Sunday 9 February 2014

Anak-anak mama..

Syukur dengan ujian kerana sgt nikmat...nikmatyg hanya Allah bagi kpd yg terpilih. Wallahu'alam. Thank you Allah atas nikmat ujian ini terlalu mendalam ertinya. Begitu teratur perjalanannya utk mentarbiah hati ini.
Thank you Allah kerna hadirnya hambaMu utk memberi kesedaran.
Tanpanya pasti hati terus khilaf mencari hikmah ujian ini.
Alhamdulillah..tidak Engkau jadikan sesuatu dgn sia-sia.

Tuesday 14 January 2014

Kondisi kesihatan katy

Asslamualaikum..salam sejahtera..maafkan saya jika post ini mengganggu kalian. Saya rasa dah tiba masanya untuk saya share keadaan kesihatan saya..alhamdulillah secara fizikal saya masih boleh berdikari..syukur sangat.. tapi daripada ujian darah..keadaan saya masih tidak normal. Saya tak suka utk share cerita sedih ini (bagi saya lah) tetapi bila tengok suasana tempat kerja di telekom ni dah lain macam so saya takut masalah kesihatan saya yg menyumbang kpd ketidakseimbangan aura positif dan negative di bengkel ini.

Ini blood test saya yang terakhir..sebelum itu, mungkin ada yang tak tau saya kena kanser apa..pada hujung februari 2013 saya telah buat ct scan bila doctors mengatakan saya ada tanda2 kanser..hasilnya on that day juga saya dapat keputusan yg saya mempunyai limfoma. Limfoma ni sejenis kanser darah dan doctor kata jika nak tau jenis apa ke buat biopsy. Apa yg saya buat ialah saya solat istiharah dan semasa saya research tentang alternative treatment for cancerian saya terjumpa website prof Syed Putra. Honestly saya memang tak berani untuk kemo, sebab sepupu saya pun kanser dan memilih untuk kemo and now arwah dah berehat di sana. Besides, apa yg membuat saya fikir banyak kali ialah kenapa saya perlu memasukkan racun ke dalam tubuh saya untuk saya kembali sihat..

Kembali kepada blood test saya ini hanya tiga orang di ADTEC yang sentiasa follow-up dengan report blood test saya iaitu suami saya, k.lin dan pn.maz..disebabkan itu .. k.lin dan pn.maz ni banyak mempengaruhi pihak pengurusan untuk merehatkan saya..maafkan saya sebab keadaan kesihatan saya menyebabkan workload kalian bertambah..tiada apa yg saya dapat balaskan..hanya ucapan terima kasih dan doa sahaja yg mampu saya buat..

Jika kalian tengok report2 ni .. nombor2 yg bold tu adalah yg area yg bermasalah..bermula dengan first page, kat sini report tentang anemia saya HB rendah....setakat ni area ni memang tak pernah nak cantik..degil! then system limfotik saya utk check keadaan system imun saya..area ni kadang2 ok..kadang2 ko. Then yg paling penting keadaan jantung saya pada bacaan ESR dan Fibrinogen..yg ini selalu buat saya batuk..dua bacaan ini dulu dah recover tapi 2 bulan lepas melonjak2 pula naik nyer..takpe syukur.

 

 


Page ke-2,  bahagian renal dan bone..kat acid uric utk check berapa banyak sel kanser yg telah mati..lagi tinggi acid uric menunjukkan lagi banyak sel kanser yg tersingkir.. dan maklumat bone untuk mengetahui semada kanser dah merebak ke tulang atau tidak..acid uric tinggi saya pernah alami..merebak ke tulang pun saya pernah alami.

Di page 2 ni pun..tahap kolestrol saya pun dipantau..LDL vs HDL... J yg ni saya tak menuntut lagi dgn prof berapa bacaannya yg mempenpengaruhi  kanser. Dan yg bawah sekali bacaan untuk hati..yg ini pun sy dah pernah kena..yg ini 2x kena .. syukur sebulan makan ubat dah recover.

Jika kalian tengok yg bulat2 tu..area yg bermasalah lah..saya nampak sihat kan walaupun report blood test hampeh...ini lah ujian saya, ujian kalian lain pula.

Page 3..yg ini untuk tengok tahap stress pada bacaan CRP..ini bacaan kali kedua yg saya terdedah kpd heart attck &strok..50x ganda terdedah kpd strok.. dan bacaan utk sendi saya iaitu..rheumatoid..yg ini sy tak kisah sgt..mmg lenguh tapi mcm boleh tahan..kdg rasa kepala lutut tak masuk dalam port nya dah biasa..prof yg umur 60 tu pun bacaannya kurang drpd saya ;0

Ok page yg terakhir ni..bahagian tumor marker..ada 2 organ yg terjejas..EBV (utk hidung) dan CA-125 (ovari / rahim).. syukur pH badan saya neutral so keaktifan sel2 kanser ini masih terkawal...in sha Allah amin.

Saya tak harapkan simpati kalian dengan coretan ini..tapi bila ramai yg terasa hati dan makan dalam..sy tau keadaan kesihatan sy memang menyumbang kepada konflik di DTT. Wallhualam. Memang kalu boleh saya nak jaga pta sepenuhnya..dkm sepenuhnya sebab saya di bayar gaji..dan gaji tu juga la saya guna untuk beli ubat yg kosnya 5k-6k sebulan...tapi k.lin sgt2 menjaga2 saya .. mungkin sebab dia pernah mengalami situasi menjaga ibunya yg sakit kanser juga..wallahualam.

Sem lepas mmg saya tak mengajar..masa itulah saya bangunkan module utk pta ( tak seberapa, kalau kalian yg buat lagi lebih impaknya), mqa (ini antara saya dan k.lin jer yg tau apa djustment yg dah dibuat) dan training utk staff telekom 2014 dan persediaan peralatan.. saya akui saya tidak sehebat kalian..tapi bila dah jadi mcm ni sy terpaksa cerita..maaf yer.

Saya cuma harapkan..suasana yg positif..tiada yg berseloroh tapi nada seperti tidak puas hati..kita bekerja berpasukan .. jika ada yg tak puas hati marilah bermesyuarah atau berbincang..kalu membisu seribu bahasa tapi body language negative memang tak selesaikan masalah.

Kita ada amanah yg perlu dijaga iaitu harapan ibu bapa kepada student kita..student kita memang tak seberapa performance nya dan perlu lebih perhatian tapi jika bila masuk office dah tak ceria bukan ke itu dah membebankan kalian.

Sedarlah cara kita berkomunikasi, bekerja, bergurau memang ada yg memerhati bukan yg di dalam DTT jer tapi orang atasan kita..

Mungkin kalian juga terfikir bagaimana saya bole  berbiz juga..actually ia bukan biz pun but my passion utk share produk yg sy percaya utk org diluar sana sentiasa menjaga kesihatan. Mission saya hanyalah untuk grab sebanyak peluang yg saya ada di dunia ni utk dibawa ke sana.

Wallahualam..maaf jika tulisan saya menggores hati kalian..semoga kemaafan dari kalian akan memberatkan timbangan kalian di sana.

Monday 4 November 2013

Buku inspirasi pertama

Buku ini abah hadiahkan untuk mama..abah memang banyak membantu untuk mama pulihkan semula semanagat mama. mula-mula dapat buku ni sangat sebak dan rasa syukur yg amat sangat kerana Allah perkenankan doa mama untuk dapatkan petunjuk sama ada buat kemo atau sebaliknya..it comes at the right time..syukur..selebihnya mama tawakal..mama redha..tak sanggup rasanya untuk memasukkan racun ke dalam badan sendiri..dan mama tak sanggup untuk rasa sakit terlalu awal..tinggalkan kalian dan menyusahkan abah..

cukup setakat ini dulu my dear..in sha Allah akan mama kongsikan lagi :)..lovely hugs to both of you

Thursday 24 October 2013

Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser

Buku ini abah hadiahkan untuk mama..abah memang banyak membantu untuk mama pulihkan semula semanagat mama. mula-mula dapat buku ni sangat sebak dan rasa syukur yg amat sangat kerana Allah perkenankan doa istiharah mama untuk rawatan secara alternatif. bercucuran air mata bila baca buku ni..bila org lain pun mendapat sakit yg sama. syukur dengan dugaan ini sebab Allah bagi amaran awal untuk mama kembali kpd Nya. semoga buku ini dapat memberi peringatan dan panduan kepada kalian. love you all. take care ye syg.

Friday 11 October 2013


Assalamualaikum anak mama, 

Semoga kalian sentiasa dalam perlindungan mama. Kali ini mama Cuma nak pesan supaya sentiasa tabah dan sabar dengan ujian Allah. Memang kita rasa sangat berat dengan ujian ini tapi ingatlah ujian juga akn mengangkat darjat kita jika hadapi dengan sabar dan tabah. Jika kalian diduga, carilah semula semangat yang hilang itu, jangan mengharapkan orang lain, semuanya ada dalam diri kalian sahaja. Fahami diri sendiri dan tidak perlu mengharapkan orang lain faham diri kalian. So hanya mengadu dengan Allah yer. Love both of you. Wasslam.

Saturday 5 October 2013

Assalamualaikum,

Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah...mama nak cerita macamana mama boleh dapat sakit ini. Antara tanda-tandanya ialah batuk, keletihan yg amat sangat..bile di ofis mama semangat kerja tapi bila balik..letih bukan kepalang dan tanda yang ada sampai saat ini ialah lump dileher mama. Dulu 1 je, now dah 3 yang besar ..masih ada walaupun ada pengurangan saiz dengan pengambilan ubat yg konsisten.

Mula-mula tanda ni, mama buat research di internet..either tibi / kanser. Mama kuatkan semangat dengan harapan tibi..tapi risau juga takut berjangkit dengan kalian..masa tu memang hilang focus mama tapi syukur abah lah penguat semangat mama. Tanpa abah, mama tak dapat harungi semua ini..thanks sayang J

Bila pergi pakar di Hospital Melaka kena tunggu 2 minggu lagi untuk buat test yang macam2 tu..doctor nak test untuk sakit tibi dulu..mama dah tak sabar terus pergi ke Hospital Pantai.. test ct scan dan confirm it was cancer. On that time mama ok lagi..mungkin sebab rasa tak percaya..bila balik, mama menangis sepuas hati..memang sebak tak dapat nak ulas lagi..masa tu memang buntu sebuntunya..bukan ubuntu linux yer J

Ok my dear..dulu memang mama buntu tapi now mama dah nampak hikmahnya. In sha Allah mama akan sambng lagi.


Lovely hugs to both of you

Friday 4 October 2013

Assalamualaikum..


Anak-anak mama yang dikasihi..mama dedikasikan blog ini untuk kalian..apa yang baik jadikan panduan, yang buruk terus tinggalka ye..blog ini bukan untuk kalian kenang kesedihan atau kesukaran mama, mama redha ujian ini. Jika ujian ini perlu untuk mama masuk ke syurga Allah mama akan harunginya jua hingga akhir. Mama yakin dengan ujian ini adalah cara untuk mama kembali kepadaNya dengan cara yang sebenar-sebenarnya. Mama sayang kalian yang teramat sangat.