Buku ini abah hadiahkan untuk mama..abah memang banyak membantu untuk mama pulihkan semula semanagat mama. mula-mula dapat buku ni sangat sebak dan rasa syukur yg amat sangat kerana Allah perkenankan doa istiharah mama untuk rawatan secara alternatif. bercucuran air mata bila baca buku ni..bila org lain pun mendapat sakit yg sama. syukur dengan dugaan ini sebab Allah bagi amaran awal untuk mama kembali kpd Nya. semoga buku ini dapat memberi peringatan dan panduan kepada kalian. love you all. take care ye syg.
Thursday 24 October 2013
Friday 11 October 2013
Assalamualaikum anak mama,
Semoga kalian sentiasa dalam perlindungan mama. Kali ini
mama Cuma nak pesan supaya sentiasa tabah dan sabar dengan ujian Allah. Memang
kita rasa sangat berat dengan ujian ini tapi ingatlah ujian juga akn mengangkat
darjat kita jika hadapi dengan sabar dan tabah. Jika kalian diduga, carilah
semula semangat yang hilang itu, jangan mengharapkan orang lain, semuanya ada
dalam diri kalian sahaja. Fahami diri sendiri dan tidak perlu mengharapkan
orang lain faham diri kalian. So hanya mengadu dengan Allah yer. Love both of
you. Wasslam.
Saturday 5 October 2013
Assalamualaikum,
Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah...mama nak cerita
macamana mama boleh dapat sakit ini. Antara tanda-tandanya ialah batuk,
keletihan yg amat sangat..bile di ofis mama semangat kerja tapi bila
balik..letih bukan kepalang dan tanda yang ada sampai saat ini ialah lump
dileher mama. Dulu 1 je, now dah 3 yang besar ..masih ada walaupun ada
pengurangan saiz dengan pengambilan ubat yg konsisten.
Mula-mula tanda ni, mama buat research di internet..either
tibi / kanser. Mama kuatkan semangat dengan harapan tibi..tapi risau juga takut
berjangkit dengan kalian..masa tu memang hilang focus mama tapi syukur abah lah
penguat semangat mama. Tanpa abah, mama tak dapat harungi semua ini..thanks
sayang J
Bila pergi pakar di Hospital Melaka kena tunggu 2 minggu
lagi untuk buat test yang macam2 tu..doctor nak test untuk sakit tibi
dulu..mama dah tak sabar terus pergi ke Hospital Pantai.. test ct scan dan
confirm it was cancer. On that time mama ok lagi..mungkin sebab rasa tak
percaya..bila balik, mama menangis sepuas hati..memang sebak tak dapat nak ulas
lagi..masa tu memang buntu sebuntunya..bukan ubuntu linux yer J
Ok my dear..dulu memang mama buntu tapi now mama dah nampak
hikmahnya. In sha Allah mama akan sambng lagi.
Lovely hugs to both of you
Friday 4 October 2013
Assalamualaikum..
Anak-anak mama yang
dikasihi..mama dedikasikan blog ini untuk kalian..apa yang baik jadikan
panduan, yang buruk terus tinggalka ye..blog ini bukan untuk kalian kenang
kesedihan atau kesukaran mama, mama redha ujian ini. Jika ujian ini perlu untuk
mama masuk ke syurga Allah mama akan harunginya jua hingga akhir. Mama yakin
dengan ujian ini adalah cara untuk mama kembali kepadaNya dengan cara yang
sebenar-sebenarnya. Mama sayang kalian yang teramat sangat.
Subscribe to:
Posts (Atom)