Monday 4 November 2013

Buku inspirasi pertama

Buku ini abah hadiahkan untuk mama..abah memang banyak membantu untuk mama pulihkan semula semanagat mama. mula-mula dapat buku ni sangat sebak dan rasa syukur yg amat sangat kerana Allah perkenankan doa mama untuk dapatkan petunjuk sama ada buat kemo atau sebaliknya..it comes at the right time..syukur..selebihnya mama tawakal..mama redha..tak sanggup rasanya untuk memasukkan racun ke dalam badan sendiri..dan mama tak sanggup untuk rasa sakit terlalu awal..tinggalkan kalian dan menyusahkan abah..

cukup setakat ini dulu my dear..in sha Allah akan mama kongsikan lagi :)..lovely hugs to both of you

Thursday 24 October 2013

Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser

Buku ini abah hadiahkan untuk mama..abah memang banyak membantu untuk mama pulihkan semula semanagat mama. mula-mula dapat buku ni sangat sebak dan rasa syukur yg amat sangat kerana Allah perkenankan doa istiharah mama untuk rawatan secara alternatif. bercucuran air mata bila baca buku ni..bila org lain pun mendapat sakit yg sama. syukur dengan dugaan ini sebab Allah bagi amaran awal untuk mama kembali kpd Nya. semoga buku ini dapat memberi peringatan dan panduan kepada kalian. love you all. take care ye syg.

Friday 11 October 2013


Assalamualaikum anak mama, 

Semoga kalian sentiasa dalam perlindungan mama. Kali ini mama Cuma nak pesan supaya sentiasa tabah dan sabar dengan ujian Allah. Memang kita rasa sangat berat dengan ujian ini tapi ingatlah ujian juga akn mengangkat darjat kita jika hadapi dengan sabar dan tabah. Jika kalian diduga, carilah semula semangat yang hilang itu, jangan mengharapkan orang lain, semuanya ada dalam diri kalian sahaja. Fahami diri sendiri dan tidak perlu mengharapkan orang lain faham diri kalian. So hanya mengadu dengan Allah yer. Love both of you. Wasslam.

Saturday 5 October 2013

Assalamualaikum,

Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah...mama nak cerita macamana mama boleh dapat sakit ini. Antara tanda-tandanya ialah batuk, keletihan yg amat sangat..bile di ofis mama semangat kerja tapi bila balik..letih bukan kepalang dan tanda yang ada sampai saat ini ialah lump dileher mama. Dulu 1 je, now dah 3 yang besar ..masih ada walaupun ada pengurangan saiz dengan pengambilan ubat yg konsisten.

Mula-mula tanda ni, mama buat research di internet..either tibi / kanser. Mama kuatkan semangat dengan harapan tibi..tapi risau juga takut berjangkit dengan kalian..masa tu memang hilang focus mama tapi syukur abah lah penguat semangat mama. Tanpa abah, mama tak dapat harungi semua ini..thanks sayang J

Bila pergi pakar di Hospital Melaka kena tunggu 2 minggu lagi untuk buat test yang macam2 tu..doctor nak test untuk sakit tibi dulu..mama dah tak sabar terus pergi ke Hospital Pantai.. test ct scan dan confirm it was cancer. On that time mama ok lagi..mungkin sebab rasa tak percaya..bila balik, mama menangis sepuas hati..memang sebak tak dapat nak ulas lagi..masa tu memang buntu sebuntunya..bukan ubuntu linux yer J

Ok my dear..dulu memang mama buntu tapi now mama dah nampak hikmahnya. In sha Allah mama akan sambng lagi.


Lovely hugs to both of you

Friday 4 October 2013

Assalamualaikum..


Anak-anak mama yang dikasihi..mama dedikasikan blog ini untuk kalian..apa yang baik jadikan panduan, yang buruk terus tinggalka ye..blog ini bukan untuk kalian kenang kesedihan atau kesukaran mama, mama redha ujian ini. Jika ujian ini perlu untuk mama masuk ke syurga Allah mama akan harunginya jua hingga akhir. Mama yakin dengan ujian ini adalah cara untuk mama kembali kepadaNya dengan cara yang sebenar-sebenarnya. Mama sayang kalian yang teramat sangat.